Pages

Wednesday 7 December 2011

PowerPoint_Tugasan 4

Power Point Jurnal

PowerPoint_Tugasan 3

Power Point

Video_Purata

Monday 28 November 2011

Pantun sekolah rendah





Kelebihan mengunakan aplikasi you tube ini adalah untuk menarik minat murid terutama di Tahap 1. 
P&P selari dengan kurikulum KSSR dalam subjek kemahiran Didik Hibur. 
Berikut diantara cirri-ciri pantun dan kelebihannya.

PANTUN
 
1. Kedudukan Pantun dalam Puisi Melayu Tradisi
 
a. Milik melayu asli.  Berbanding dengan syair, seloka dan gurindam, pantun adalah puisi yang lahir 
    daripada masyarakat melayu tradisi yang amat tinggi nilainya.
b. Puisi Melayu yang tertua, iaitu yang pertama sekali lahir dalam masyarakat Melayu.
c. Mempunyai kepelbagaian bentuk. Ada yang 2 kerat, 4 kerat, lapan kerat, berkait dan seterusnya.
d. Popular dalam semua lapisan masyarakat. Pantun terkenal di kalangan orang tua, orang muda dan  

    kanak-kanak.
e. Mampu membawa tema yang pelbagai seperti kasih sayang, nasihat, agama, adat, budi,cinta, cinta, 

    dan sebagainya
f. Mampu membawa makna yang tersirat secara halus dan berkesan. Ini sesuai dgn jiwa masyarakat 

    melayu yang suka mendidik secara halus.
g. Mudah dicipta secara spontan
h. Mencerminkan pancaran nilai budaya Melayu
 
2. Ciri-Ciri Kelebihan Pantun

a. Wujud pembayang dan maksud dalam setiap rangkap.  Ciri ini tidak terdapat dalam puisi yang lain.
b. Boleh berdiri sendiri kerana setiap rangkap pantun sudah membawa makna yang lengkap     berbanding 
    dengan syair yang memerlukan perkaitan dengan rangkap2 berikutnya.
c. Rima tengah atau jedanya ditekan di dalam pantun, tetapi tidak demikian dalam puisi lain.
d. Ada unsur persamaan dengan puisi lain terutama syair seperti dari segi rima akhirnya, jumlah     perkataan 
   dan sukukata.

3. Kepentingan Pantun 
a. Pantun dapat disulami dalam puisi melayuu yang lain bagi mempelbagaikan ungakapan. Contohnya dalam 
    nyanyian rakyat. Gurindam. Bahasa berirama dll.
b. Membantu mempertingkatkan daya estetika (keindahan) puisi-puisi lain.
c. Menjadi pemanis kata dan pengindah bicara dalam ungkapan-ungkapan bahasa yang puitis.
d. Melambangkan budaya tinggi dalam ciptaan sastera. 

Sekian terima kasih,


YAZID BIN YAHYA
14/10/11 (Jumaat)


http://www.youtube.com/watch?v=Em03CuG7XkM